April 28, 2012

Karaoke *shy*

Dua hari lagi kelas nak buka, dah terperap dalam bilik buat project paper untuk seminggu, pastuh sebab kena tengok Avengers dengan kena berlatih vokal, haruslah membuangkan rasa *shy* itu. Sebab selama ni asyik karaoke dengan ezwar, muhai, sarep, hadi, dan norja, jadi sebab tidak pernah langsung pertama kali langsung karaoke dengan geng dari sekolah rendah, sebab tu kena try. Rindu tak, Wani, Nabil, dan Aida? :3


















April 27, 2012

Aku sebentuk cincin

Jadi aku memang ada habit meletupkan jari, alah yang sikit sikit nak krap krup krap jari tu, bagi tulang berbunyi tu. Yang kalau lenguh sikit je nak krap krup krap sepuluh-sepuluh jari. Dari lahir ke apa hobi macamtu, once tulang dah panjang, especially kat jari terus berlatih dari umur 9 tahun krap krup krap jari hari-hari. Lepastu lagi suka buat kalau ada orang challenge siapa boleh buat sepuluh jari terus dalam satu masa. Terer kot tu macam power yang aku ada kot. Pastu ada orang yang allergic dengar tulang berbunyi nanti terliuk liuk kalau dengar, pastu nanti suka kot aku letup-letup jari betul-betul 2 sentimeter sebelah telinga dia.

Pastu tanpa ku sedari, setelah berpuluh tahun berlatih krap krup krap hari-hari, setiap jam 52 kali kot, pantang ada free time je letup jari, letup jari. Hrgh nafsu sangat. Bila umur dah 22 tahun bila tengok kawan keliling dah start bertunang, ada yang dah kahwin, ada yang boyfriend bagi cincin buat anniversary gift (giteww) terus terasa nak observe jari-jemari ku ini. Terkejut, terus terkejut. Sebab bahagian tengah jari membesaq macam anak semilang. Besaq ba'ang. Pastu dok tengok eesh awat buruk benor jari aku nih, luruih runcing sekali kat tengah-tengah besaq gedabaq. Bapak buruk wei.

Lepastu terus acah-acah pakai cincin orang, tengok ya Allah bila nak masuk kat jari manis tu terus turn off, tak boleh nak masuk sebab bahagian tengah jari tu gendot nak mati, tapi jari sebenarnya kecik je. So bila cincin tu finally dapat masuk juga melintasi bahagian gendot itu, terus longgar. Wuwuwu setiap jari macam ada bontot. Bencii. Gemuk kat tengah macam curve badan orang, padahal dia jari jemari je. Ni semua salah Puan Mazni cikgu sekolah rendah Darjah 3 yang ajar BM sebab setiap kali dia tulis kat papan hitam mesti letupkan jari dia. I was such an avid observer, tengok apa yang cikgu buat, tiru. Sebab suka nak plagiat hobi orang besar. Pastu sampai besar jadi macam ni, mesti takde laki nak weuweuweu.

Lepastu mak pun kasi idea suruh pakai cincin dia supaya lepas ni kalau nak letupkan jari je terpegang cincin terus tak jadi. So dengan harapan boleh mengecil kembali *kita haruslah ada impian dalam hidup*. Aku pun pakai, tak sampai 3 hari, rimas ba'ang. Ada cincin kat jari rasa macam ishhhh annoying nya, nak cuci pinggan susah, nak menulis susah, nak makan susah, nak meneruskan kehidupan begitu susah. Lepastu bila pergi kelas, semua kawan tanya, sebab pakai cincin emas, diorang buat spekulasi ada orang dah merisik.

Sebab aku tak pernah pakai any accessories dekat tangan melainkan jam sahaja makanya spekulasi ini begitu mudah untuk dipercayai. Pastu paling annoying sebab diorang ingat tu betul. Sebab ada sorang kawan aku ni lepas lipat telekung dia datang tanya, wei tahniah wei dah bertunang dah kau. Aku macam what the. Kau nak aku mengamuk dalam surau ke. Pastu dia kata, semua orang cakap kot, tu kau pakai cincin tu.

Terus bukak balik walaupun agak sukar. Takpelah nanti kahwin aku pakai bracelet lah, bye cincin.

April 21, 2012

CUTAYY

Habis je test Family Law haritu, dengan habis je kelas Jurisprudence selama 6 jam, ya Allah tepu otak aku. Sambil dengar lecturer cakap sambil lawan pemadam dengan Ezwar. So, sebab nak release tension (tension lah sangat padahal dah jadi mat gian). Ko tau Muhaimin, aku, Ezwar, Sarep, dengan Norja, memang dah jadi mat gian. Hadi boleh control lagi. Pantang ada free time, kalau boleh nak karaoke. Tapi kekdahnya asyik kena postpone je niat lepaskan gian sebab asyik ada test asyik ada assignment.

Habis je test kelmarin, sekali dengan assignment Juris pun dipostpone due date dia, apo laie terus berlari pergi Neway pilih lagu pilih makanan hambekkk. Lepas stress kononnya. Paling syok lagu Koleksi Gemilang tu, yang 24 lagu dalam satu lagu tu versi Jaclyn Victor, memang feeling diva sekor-sekor padahal suara katak. Siap nyanyi Beribu Sesalan tu pegang tangan. Macam konon atas stage beradu suara. Geli sangat.

Lepastu tak sah kalau tak pilih Francisca Peter Sekadar di Pinggiran, Khatijah Ibrahim Ku pendam Sebuah Duka, Zaiton Sameon Menaruh Harapan. Jadi bila tiga-tiga lagu ni ada dalam Koleksi Gemilang terus berebut siapa nak nyanyi. Sebab kena latih diri sendiri jadi adil saksama, kitorang pun beratur melintang, jadi ikut turn lah, setiap kali tukar lagu baru je baru masuk nyanyi. Pastu si Hadi dengan Cimok dasar gila karok, part Ziana Zain pun kau nak sapu part Jamal Abdilah kau nak sapu, bila dapat part sama, terus deal nak tukar tempat. Sampai bergaduh sebab siapa dapat jadi penyanyi nombor 3 selalu dapat lagu tak berapa best keh keh keh.

Fuh dan akhirnya dapat menghembuskan nafas lega sebab finally ada seminggu cuti mid sem. Walaupun kekdahnya, ada dua chapter nak kena habiskan untuk project paper, interview nak kena carry out, assignment assignment assignment dan kena study study study untuk test-test bila bukak cuti nanti. Jadi kena bahagikan masa sampai hari apa nak membuta dan korek gigi tengok TV lepastu baru boleh kelam-kabut nak pikiaq pasal kerja.
Sebab kalau upload gambar penuh, tak nampak muka lepastu nampak seolah-olah aku ni gemuk, padahal kurus kot aku nih *kunyah carrot* bukan in denial, tapi sebab keyakinan diri kalau ada yang buruk pun jadi cantik. Ini gambar last event kitorang sebagai high comm Alsa, lepastu dah turun takhta dah. Goodbye ALSA :')
Masalah betullah blogger baru sekarang, macam mana nak rotate gambar nih?! Oh ini gambar baru habis karaoke, siapa tak masuk gambar tu maaf kan daku di Hari Raya.
Aku memang tak boleh pakai tudung macamni sebab nampak selendang berselindung di sebalik pipi. Ezwar kata jangan upload sebab menunjukkan diri ini hazab sekali tapi aku kisah pulak. Yang penting dalam hati aku feeling bujur sireh.
Padahal memang dari kecik pun aku pakai tudung macamni sama je tudung berselindung di sebalik pipi. Takde sape nak kata hodoh. Kini, semua pun berubah *cabut tudung nangis*

April 13, 2012

Mengapa dirindu.

Anak punai anak merbah. Terbang turun buat sarang. Anak sungai pun berubah. Ini pula hati orang. Mengapa dikenang? - Saloma.

Sebab aku rasa aku dah khatam 5 kali ke apetah Man Laksa, bila lagu ni keluar, rasa nak nangis meratapi. Meratapi apa memang takde bende tapi sebab suka jadi dramatik maka selalu rasa nak melutut depan TV, bukan melutut di tepi gantang. Eh tu melukut di tepi gantang. Ha dan lepastu mak kau akan kata kau naik sheikh.

Ada suatu hari aku sedang berbual dari hati ke hati dengan seorang rakan baik tentang betapa we had such a lengthy time to always let it be wasted by spending time with each other. Sebab time asasi tak banyak belajar, maybe sebab dia asasi, jadi tarik rambut bila nak final je, itupun kalau prepare awal, takyah kumpul duit dalam tabung pergi Yun Nam. Setiap kali weekend mesti ada aktiviti, berkelah ke berkhemah ke kalau tak berkhemah kat tepi pantai berkhemah di koridor bilik sambil kupas durian. Bila asasi pun ada banyak duit sebab dapat tajaan Mara (eh ye ke, aku lupa dah nama benda tu dasar kacang lupakan kulit sangat) lepastu dapat elaun makanan RM4 sehari walaupun RM4 tetapi kat Kedah memang makanan banyak dan murah dan sedap, AHH GOOD TIMES GOOD TIMES. Jadi nasihat saya pada budak asasi, hargailah masa asasi ini! Time ni je kau nak enjoy woi! *eh sekarang tak enjoy ke sebab setiap hari Khamis gi karaoke happy hour dekat Neway? khrkhrkhr*

Ya tapi semuanya tidak begitu lagi. Selain daripada busy schedule yang suka suka berubah dari masa ke masa walaupun dah ada organizer yang aku beli pakai kupon 1Malaysia itu (nak juga bagitau) tapi baik takyah ada organizer sebab still hidup tak terurus. Mungkin sebab orang suruh beli buku company law kau pi beli organizer kulit buaya, memang tak berkat kau organize hidup kau dalam tu, jadi tunggang-langgang. Kerana hidup yang agak sadis sebab subjek sekarang ada yang buat aku kelaut, kelangit (sesal mendua) dan kemana-mana saja, selain itu aku jugak dah macam orang tua asyik semput demam panas semua, sebab hari-hari balik malam pastu takut drive sengsorang pastu haruslah dengar tazkirah di Ikim.fm ye. Selain itu juga kerana sudah tidak bersama dengan rakan-rakan yang lama untuk buat assignment ke project paper ke, kerana berlainan kelas ataupun berlainan kos, jadi memang susah sebab selalu clash kalau ajak berdua bersatu. Gitu fourteen sangat aku, padahal muka forty years old ye anak-anak.

Dan sebab dah takde masa nak meluangkan masa seperti dulu, hanya mampu mengulangkan memori yang dahulu. Kalau memori tu aku tape dalam DVD, ha boleh lah pasang hari-hari. Lalu kawan baik aku itu mengakhirkan perbualan kami dengan satu ayat, "Mungkin masa dah mengubah segalanya." Dan aku juga terdiam sebentar.

"Tak, masa tak mengubah apa-apa, kita semua yang berubah."

Krik. Krik. Krik.

Pi.es : sejauh tinggi mana pun ego seseorang manusia itu, percayalah, ada perasaan rindu yang walaupun segelumit, tetapi hanya perlu disentuh. Janganlah mula menghargai bila dah kehilangan.

Aku memang suka pakai tudung bawal pastu lipat sampai nampak muka besar macam padang bola.  

April 6, 2012

Pengajaran video itu.

Selepas menonton video Celcom dari mula lagi yang perempuan meroyan itu membaling barang semua dalam kotak dia, dan akhirnya baru tergerak hati nak call boyfriend dia. Rupa-rupanya ketiga-tiga situasi tu, walaupun nampak macam lelaki tu salah tapi sebenarnya perempuan tu patut patut tunggu untuk penjelasan. Skema sangat ayat aku. Nak bagi moral of the story la katekan.

Semua situasi yang aku tunjuk haritu, dekat website INI semua tak disangka-sangka. Kalau kena kat aku mati dah kot boyfriend dia. Sebab perempuan kan. Dia paling suka fikir benda-benda yang paling tragik dan dramatic. Kalau dia tak terfikir pun mesti kawan dia tolong fikirkan.

Lepas beriya-iya menghempas membaling mengwrestling teddy bear, frame gambar dan semuanya ke dalam kotak, sekali malu dengan diri sendiri sebab over je nak emo lebih padahal diri sendiri tak nak call tanya kenapa siapa suruh. Lepastu kan dah sengeh macam kambing kalau dah malu, sengeh macam ni :3

Macam aku cakap dulu dalam entri ini, kehebatan panggilan telefon adalah lebih bagus daripada sekadar sebijik sms. Sebab nada suara yang selalu dibaca dengan salah lalu menimbulkan tanggapan yang kuaja sekali. Macam masa birthday aku tahun lepas, aku bergaduh dengan kawan baik lelaki aku nih. Sebab birthday aku semua orang wish pastu dia sorang je tak wish. Baru rasa nak pijak dengan kaki, aku call dia, sambil dah stanby nak ungkit-mengungkit. Biasalah perempuan kalau gaduh je paling terer ungkit mengungkit. Cewah sekali aku sorang je perempuan yang macamtu.

Lepastu aku call dia, dia angkat pastuh aku kata happy birthday wei ha memang kau celebrate birthday 2 kali tahun ni. Yelah kan birthday aku tak pernah nak ingat pastu taknak belanja apape, kalau birthday kau aku lambat wish 2 saat dah kena paksa belanja Tony Roma's. Pastu dia kata, nasib baik kau call, aku call kau 4 kali masuk voicemail. Hihi rupanya masa aku tengah call dia, dia pun tengah call aku, pastu kalau masuk voicemail kredit kena tolak so dua-dua dah taknak call lepas cubaan ketiga. Ha nasib baik aku call kau, kalau tak memang putus kawan dah. Semua salah voicemail. Voicemail is the third party. BUNUH VOICEMAIL.

Pesanan saya, pergilah call sesiapa yang kamu rasa dah lama tak call, mana tahu kalau sebenarnya itulah panggilan terakhir kamu dapat bercakap dengan dia. *tetibe tukar tone sedih*

April 4, 2012

Antara kucing dan manusia

Subjek-subjek pada semester ini agak membuatkan diri tertekan. Paling stress kelas Family Law kalau issue paling lelaki suka, polygamy. Lepastu bergaduh lelaki perempuan. Madam Family yang paling suka menonton cerita Pasrah, facts of the case dia pi tukar sekali. Daripada lelaki kena tangkap khalwat kantoi dengan tunang dia membuatkan tunang dia sepatutnya boleh tuntut ganti rugi siap-siap nak kahwin, tiba-tiba madam masukkan cerita erra fazira kena tipu dengan norman hakim dalam Pasrah, bila dia kena sailang dengan kawan dia. Macam mana kalau kena tangkap khalwat tu trap je. Stress. Aku stress. Taknak percaya pada lelaki *baling meja dekat Norman hakim*

Tiba-tiba sangat.

Pastuh setiap hari Khamis kena 4 jam kelas Jurisprudence. Setiap saat kena perah otak macam jurist-jurist gitu. Kekwat sangat. Hari-hari pun ngantuk, kalau aku keluarkan theory tidur semasa jurisprudence mesti semua students sayang aku. Kalau stress dengan project paper, sikit-sikit pergi karaoke. Harini pembentangan kita di Neway ye. Ha bagus sangat ketua project. Ha besok kita discuss dekat Ole-ole sek 18 sambil karaoke. Pastu dah kalau satu team 4 orang, semua gila microphone, sebab kalau nyanyi solo mesti bunuh-membunuh, jadi tiap kali karaoke kena nyanyi Di akhir garisan. Pastu kalau aku lambat cop aku nak jadi siapa, aku mesti dapat yang "walaupun kau masih mencari cintaaa jika kau berdusta kata hancurlah segalanya. Hatimu yang bersinar mencurah rasa, terima semuanya dirimu yang punca bahagiaaaaaa" ha tu jelah part aku. Aku mesti dapat yg paling kejap la, kuaja korang. 

Beza aku dengan si Lady, kerja kau haghi haghi membuta. Sebelum sunat kau membuta, lepas kena sunat pun membuta. Sesuatu sangat kau ni, jantan tapi nama Lady. Sebab masa dapat dia, suara macam perempuan melayu terakhir sangat, sampai kalau panggil Lady mesti dari rumah sebelah bergolek datang. Kira dah perasan habis kau betina. Sekali pergi vet rupanya jantan. Nangis tak berlagu la tu.

Membuta 1

Membuta 2

Membuta 3

Membuta 4

Membuta 5

Membuta 6

Membuta 7

Membuta 8

Membuta 9

Membuta 10

Tak suka lah template baru ni, tak reti nak rotate gambar, dah rotate pun dia ikut sukahati dia.

April 1, 2012

Pengguna produk Avene, anyone?*SOLD*

Bukan untuk pengetahuan kamu, saya menggunakan Avene cleanance gel cleanser dari dahulu lagi dan akan repurchase sampai bila-bila. Akan tetapi satu hari itu saya pi Guardian nak restock pencuci muka Avene ku kemudian tiada stock. Yang ada, satu beg of Avene products, merangkumi, cleanser yang saya pakai tu, sample size toner, sample size moisturizer dan retail size Avene Cleanance K cream gel.

Dan sebab saya memang dah seminggu takde pencuci muka, saya beli jugak beg Avene tu untuk RM89.90 kot. Sebab nak pencuci muka tu saje, barang-barang lain dalam tu taknak pun. Jadi sekarang macam mana? Nak cakap pakai, hanya pakai moisturizer dia je, tu pun dah habis dah. Tapi dia punya toner and dia punya cream gel (ubat jerawat) saya tak pakai. Jadi saya nak jual pada sesiapa yang memang menggunakan produk Avene ataupun yang baru mula-mula nak pakai. Gitu. Pemurah sangat aku.

Nilah dia Cleanance K cream gel itu. Harga kalau beli ni saje dekat mana mana, memang retail price is RM50++ kalau tak silap. Saya nak jual dengan harga RM35 termasuk postage. Kalau nak tahu kegunaan dia, ini saya sertakan website Makeupalley SINI untuk kamu baca reviews dan komen orang yang pernah pakai. Dia sesuai untuk muka yang banyak blackheads, whiteheads, clogged pores, and dia some sort of exfoliator, dan hilangkan blemishes.


Bukan itu saja kalau kamu beli, saya bagi sekali dengan 3 sample Avene di atas iaitu, Gentle cleanser dia yang putih tu, Toner Cleanance yang warna hijau itu, dan produk baru untuk whitening, whitening serum dalam kotak tu. Siapa nak try produk Avene boleh lah beli ye. Oh pastu saya kasi sekali dengan tu kertas tu, voucher yang bila kau beli produk whitening kat Guardian OU, nanti kau dapat mystery gift. Okay email saya kalau nak beli : macam_iz@yahoo.com