October 25, 2012

Buka booth bersama besfreng.

Salasilahnya aku dan Hanis banyak beremo-emoan dengan each other semenjak waktu zaman persekolahan lagi. Bila dah emo, merajuk lama-lama dan setelah dipujuk, akan malu-malu kucing untuk bergurau senda dan bergedik sama. Kemudian lagi, cycle itu berulang dan berulanglah, elmo>merajuk>dipujuk>malu kucing>elmo>merajuk>dipujuk>malu kucing selama persahabatan 9 tahun itu dan masih utuh hokeh!

Dan pada hari itu Spongebob aku ini haruslah membuka booth untuk menjual baju-baju terpakainya dan ada juga baju yang belum dipakai dan juga menjual koleksi collagen dust yang famous amos itu. Jadi aku dan Melle menemani dia bukak booth bersama Kekna sekali. Kekna pun jual perfume roll-on yang tidak ada alkohol dan boleh dibawa ketika solat, dan yang aku telah beli 2 botol. Lepastu aku pun tumpang letak flyers Get Bedazzled. Sebab gemok malas nak buat sample casing sebab sakit pinggang dan tiada masa, jadi letak flyers je.

Kawan jelitaku yang telah berusia 22 tahun pada 9 Oktober hari itu, Happy Birthday :')


Turut memeriahkan suasana (wah gitu kau ingat kau wartawan tulis report ke), Melle yang berlakon jadi nurse hot gila dalam Mock Trial UM, sangat kelakar, cute dan sangat hot uols. Gambar nasib baik tiga-tiga duduk, kalau tak, memang dah jadi Twin Tower sebab aku jambatan pendek kat tengah-tengah antara dua orang yang tinggi ini.

Terima kasih Kekna sebab ambil gambar kitorang camwhore inception.

EH EH EH. Sebab Hanis kawan dengan Maria lepastu kita suruh Hanis cakap kat Maria kita nak ambil gambar dengan dia. Kan dah kata, kita ni reti bermonolog dalaman sahaja di dalam blog, bila di luar pemaluu. Gitu, pemalu sangat. Maria Elena cantiknya kulit awakk, flawless takde blemishes!

Oh satu lagi, sebelum saya lupa, Get Bedazzled ada buat contest sehingga 30 November 2012, kamu hanya perlu like page Get Bedazzled di SINI dan set poster contest tu as kamu punya facebook cover photo dan tag Get Bedazzled di caption cover photo itu bersama model handphone milik kamu. 10 pemenang bertuah akan memenangi Omnomnom phone cover yang limited edition sebab belum pernah dikeluarkan lagi, jadi 10 pemenang bertuah tu akan dapat dulu. 

Oh satu lagi, aku dah ada NuffnangX! Wohohoho sorang-sorang teruja. NuffnangX ni sangatlah easy peasy memudahkan kerja aku nak stalk bloggers muahahahahha. Pergilah install sekali, sebab boleh lah kamu membaca blog dengan mudah lepas ini, dan boleh comment blogger itu sekali. Kalau nak follow saya *tak malunya promote* tekan SINI.

Okay last, last. Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha semua! Wassalam.

No comments: