Okay okay, ini adalah beberapa keping gambar terakhir gang jinjangku buat party BBQ. Partylah sangat kan. Ya, kami menganjurkan party yang amat jinjang sekali. Itu yang kamu dapat kalau kamu dan gang sekolah kamu memang jinjang dari zaman persekolahan.
Yang pasti bumper aku macam terlebih godang je masa 2008 dulu? Ke sebab jeans londeh jadi nampak macam godang? Okay abaikan. Seperti setiap tahun, gang jinjang tidak akan pernah fail untuk bertemu dan berkumpul untuk buka puasa bersama kerana masing-masing memang busy gila dengan life masing-masing. Hanya mampu whatsapp dan bbm antara satu-sama lain tapi untuk berkumpul perfect 7, memang sukar. Tahun ini, gang jinjang meneruskan tradisi BBQ party yang bagi kami tidak hambar langsung! Kalau kamu tak jinjang enough, kamu keluar sekarang! Aku kata, sekarang! *lagu aiyai-iyai i'm your little butterfly berkumandang*
Makanan gang jinjangku pada malam itu.
Dan seperti hari kantin sekolah, carta organisasi haruslah diwujudkan untuk memastikan semua orang melakukan tugas masing-masing. Sebab gang jinjangku taksub jadual bertugas dari zaman sekolah rendah lagi, ada 3 kategori tugas dibahagikan iaitu Team Bibik Before merangkumi aku, izzah dan tina bertugas untuk menyental, vacuum, mop dan memberus rumah untuk BBQ pada malam itu. Team Bibik After iaitu Aida sorang sebab dia praktikal jadi dia datang lambat tokleh join Team Bibik Before, so dia kena basuh pinggan dan clear sinki after BBQ. Team Grocery iaitu Hanis dan Wani yang perlu membeli semua barang-barang untuk BBQ dan membelanja gang jinjangku, ayang angatt dua-dua. Dan Team BBQ merangkumi Hakim, Ilmi dan Nabil. PASTU BILA BBQ START, LAST-LAST TAK IKUT PUN DUTY ROSTER.
Kawan baik jauh dari Germany dah pulang! *tengok dekat tangan tu, marketing sangat*
Kawan baik dari UK sudah pulang juga! Dan kali ini pulang terus ke Malaysia sebab dah graduate :')
Seperti biasa, rutin setiap BBQ party mesti ada group photo. Macam gambar kelas tapi berterabur sebab guru kelas takde.
Baru perasan, yang ini patutnya semua orang tinggi ke belakang, kesian Bik Aida pendek kat belakang terjongket sorang-sorang.
Ya itulah selingan gambar-gambar yang dipilih secara rawak tentang gang jinjangku. Kamu dah ready untuk bonus jinjangzz forevahsz?
I have eye infection, I get 5 days of MC, ermagawdd *kenapa aku rasa aku paling itik sekali?*
Dan tidak lupa juga! Walaupun sumbang seh tatap mak lakuu, amboi amboi amboi. Cak cak cak Azwan Ali. Nabil azwan ali tipu sebab dia buat muka hensem. Nampaknya hanya Bik Jah dan Bik Ani sahaja yang selalu semangat Azwan Ali. Sekian terima kasih.


No comments:
Post a Comment