Hai salam sejahtera. Bertemu lagi kita dalam program ku tak keruan. Perkara tak keruan pertama, tahu tak lagu Aliff Aziz yang jangan ganggu pacarku ke apatah tu. Lirik dia kelakar sangat. Sebenarnya bukanlah aku suka lagu itu tapi sebab memang poyo habis lirik dia aku pun terhafal chorus dia. Chorus dia ada bunyi macamni *dan sebab semua restoran pun selalu pasang lagu ni jadi terhafal. Ter ok ter*
"Berhentilah ganggu pacarku, bawa pergi pesonamu. takkan cukup apa-apa manismu, GAMBAR GAMBAR SEKSIMU, tagging tagging poking flirting liking sepaking baginya." Lebih kurang macam tu. Maksud nya dia marah orang poke poke awek dia kan, tapi motif cakap gambar-gambar seksimu mengapakah? KAU KENAPA CAKAP LELAKI LAIN TU ADA GAMBAR SEKSI?! Paham tak apa aku keliru kat sini? Tak paham takpe biar aku paham sorang.
Sebenarnya tak keruan sejak kebelakangan ni sebab nak dekat final exam. Memang sadis hidup. Tinggal lagi 18 hari nak final exam tapi still ada assignment, presentation dengan test. Takde study week, sebab aku lupa. Atau mungkin ada tapi aku lupa juga? Ya begitulah kalau nak dekat final exam semua benda lupa sebab kapasiti dah ready cukup cukup untuk exam je. Lepastu project paper pun dah tinggal 4 hari nak kena submit. Nak kena bind lagi kena hantar kedai 4 hari sebelum hari hantar. Dekat sini ingin hamba bertanya kamu kamu yang dulu pernah buat thesis/project paper/yang sekutu dengannya, mana tempat nak buat hard cover binding tu? Sebab nanti mesti ramai gila orang hantar binding sekali. KAT MANA KAT MANA TOLONG TOLONG, pekik saya lagi.
Yang penting first paper aku 1 July, lepastu selang seli dua hari setiap paper, sampailah 11 July. Yang paling memeranjatkan gurindam hati bila second last paper international law 10 july pastu besok tu terus insurance law. Cemano nak study? Habis international law otak tepu dengan semua case convention article pastu kena tumbuk keluar sebab tak mampu nak kasi case dengan section untuk insurance law masuk dalam otak. Begitulah hendaknya.
Sebab selama beberapa hari ini aku hanya menempek dengan orang yang sama je, semua naik sawan sama-sama, sebab project paper asyik amend amend amend pastu last minute tetibe redo semua chapters meroyan terus angkat kain batik lari satu faculty. *Poyo gila bajet macam stress habis* Tapi memang stress sebab saya ni periang orangnya. Tengok Dora the Explorer sambil jawab soalan Dora kot. Takde kena mengena kan. Memang. Tapi itulah hakikatnya. Bila Dora tanya where's Diego? Lepastu dia buat muka tengah tunggu jawapan untuk 5 saat. Aku tak tahan, I just had to answer Dora's question.
Inilah orang-orang yang bertemankan sepi dan bertemankan hepi. Yang atas tu gila tau. Tadi dia nampak kereta Jimmy Shanley parking kat fac kitorang, pastu dia terus meroyan. Dia memang dah hafal nombor plat Jimmy tu pastu terus keluarkan kertas dengan pensel tulis nota cinta letak kat wiper. Oh siapa yang taktau, Jimmy Shanley sambung belajar tapi taktau dia amek apa, tapi dia dekat fac business iaitu sebelah fac kitorang. Pastu Jimmy tu hensem sangat. Putih dia sampai kan pipi ada blushing 24 jam. Lepastu haritu aku tengah drive dengan murkanya, pastu tiba tiba Jimmy tengah cross jalan, terus berhenti keluar kereta pimpin tangan eh tak tak. Terus berhenti lepastu jerit sama-sama dengan dua orang kat atas dalam gambar sampai Jimmy habis cross jalan sambil nyanyi Tapiiiii cinta bukan milik kitaaaa semuaaa harus berakhirrrr heyyy heyyy, cinta kau dan aku takkan mungkin bersaaaatuu sambil sapu sapu tingkap gitu.
Dan AKHIRNYA SELINGAN 4 KEPING GAMBAR lelaki yang 24 jam bawah ketiak aku. Kalau gaduh pasal assignment rasa macam nak putus kawan, terus rasa besok nak pindah kelas, tapi sebab dah macam adik-beradik, bila gaduh je terus langgar sampai mati pastu besoknya kawan macam biasa balik. Takboleh gaduh lama-lama sebab kalau gaduh dengan si gemuk ni nanti dua-dua camwhore sorang-sorang masa grad. Nampak tak kat dalam gambar tu aku pakai tudung 4 segi tu. Suka sangat sekarang ni rasa macam nak derma semua selendang away pastu beli semua tudung 4 segi sebab cantik sangat walaupun muka aku memang lebih lebar bila pakai tudung 4 segi dan hakikatnya pipi nampak macam nak terjojol keluar tapi TAKPEEE.
OK DAH HABIS EXAM KENA PLAN ROAD TRIP KENA PLANT ROCK DRIP SKEWFCANCDSWFFNCASKLFCSACFWS. Bye.






31 comments:
aiie..korang lom stat final?....aku ri senin lepas dah stat final n dah abis...hahaha...mari berjimba beramai2...hahaha
Wow iz your tudung 4 segi sooooooooooo cantik. Beli dekat mane? Ihik ihik.
yay dah boleh komen !
Iz gudluck with your study, jangan nak conflict dalaman sangat muehehehehe
eh?betul ke jimmy sambung blaja balik??ni nk kne g fac bsnes ni heeee
sebenarnya aku pon konfius dgn lagu Alif Aziz tu.. mungkin yg kacau awek dia tu perempuan?? erkk
Good luck for ur exam!!
cantik ah gambar pakai jubah tu!
Masa ktorg dulu gi hantar hard cover binding kat area UPM sana, sebab murah banyak dari kedai2 dekat uitm tu. satu buku dlm rm10 camtu, each of us kena buat 5copy. so kami buat rombongan hantar sekali ramai2.
Untunglaa start 1 July. org kat sini start 28 Jun. Lagi best . Next paper 1 Jul,then 2 Jul. TERBAIIKKK ah UiTM nih.
Assignment macam biasa, esok hantar harini bertungkus lumus. Nasib baik otak perempuan prosessor dia agak pantas berbanding eheemm heemm. dan dia punya MB GB TB semua byte melebihi segalanya.
ok dah bai ! *Good Luck dear IZ !* :D
Iz kalau bergambar mesti mata kecik sebelah? tengah kenyit mata ke? hehe
haha.. kelakar... memang stress sangat dah ni
hahahaa..akak ni kelakar lah. goodluck exam! ^^
iz (mcm dah lama kenal), u pakai produk apa ea? nampak cun ah. *serius nak tau* hahaa.
final kau sehari je? eesh eesh.
I TAK BELI I DAPAT FREE FROM THIS AWESOME BEST FRIEND OF MINE
YA ALLAH KENAPA TAK DAPAT ADD U KAT FACEBOOK *merajuk* THANKS FOR THE WISH FL CANTIK :P
ha ah dia sambung masters business study kot, eh jangan pergi fac bisnes, terus tukar course ayuh *aku pun nak*
thanks for the wish! kaan, lepastu setiap kali lagu tu berkumandang aku [asti menyebarkan ajaran aku pasal lirik tuh. keliru ku keliru
jaaaauh nya UPM tpi murah gila rm10 takpelah sek 2 ada satu ni harga rm17 RELA RELA. paling murah dah tu rasanya,
thank you! untung tak untung sangat sebab sebenarnya lagi lambat paper start lagi malas nak belajar kih kih kih.
T_T taaak. sebenarnya kalau cukup tidur mata mesti sama besar tapi kalau tak cukup tidur tetibe dia nak jadi one eyelid instead of eyelid biasa pastu nak nampak sepet sebelah hennoyingg
nasib baik dah hantar thesis. TIDAK STRESS LAGI
thank uu!
tak cun pun sebenarnya. ni dalam gambar je. produk apa? nanti kitew share huehue
im silent reader sbb xfollow kat blog kamu tp slalu je follow baca entry awk. stiap entry klakar..keep it up gurl
okeh.stress jugok.
final makin mampirrrr nie..
haishhh..
Malu bertanya sesat jalan. Jadi mahu bertanya juga. Macam mana ya nak buat ruangan komen yang boleh reply ni?
Oh tiada kena mengena dengan tajuk entri. Maafin.
thanksssss *nanes
alah rebus nota minum sup tu, konfem 4 flat. dapat kondominium sekali entah entah.
ohhh macam mana eh saya pun dah lupa. tapi tak silap lah, ada orang pernah buat blog pasal macam mana nk buat reply reply ni, cuba google. how to enable comments.
bkn komeng ni die ade sndri ke..x yah nk ruangan...rs2 nye la...kegane izdiyani..bdk law uitm kn..haha
mmg kne ade gambar ke blog ni..xde gmbar xpe kn...
kelako gambo last tu
Post a Comment