October 25, 2010

DiGi Free Your Ideas - [Sky-diving with my bffs before we split up]

Heeeeyy! So nak dipendekkan cerita, Ily, Sarah dan I baru masuk contest dari Digi Promise ni, nama dia Free your ideas with RM 10 000 support from Digi. It’s a contest where you give out your bizarre ideas for Digi and you need your friends to vote and then you’ll win. Any ideas! Any ideas!

So, here goes our idea. Hehe, wish ni macam wish seumur hidup semenjak teknologi penerbangan diwujudkan lah kan. Tapi tak pernah dapat buat sebab gila dan tiada masa, jadi sekarang is the perfect time. We want to go sky-diving in KL in a circle form! Faham tak iklan orang selalu sky-diving lepastu buat bulatan tu? Haaaa, nak buat macam tu jugak lah weh. Aaah bestnya dapat terbang kat langit tanpa duduk dalam flight atau parachute, takmo parachute, takmo naik plane, nak sky diving because can hold hands and laugh and do free stunts, OMG OMG tolong lah vote kitorang supaya nanti I boleh upload gambar kitorang pakai suit sky-diving and smile while flying in the air. And of course, dekat KL kot, siapa yang pernah sky-dive kat KL? Pernah? Pernah? Best tak? So, kalau nak tahu best ke tak, kena vote kitorang.

Vote for us! (Siap pakai baju putih bajet angel dari langit ke apa?)

KL adalah spot yang paling bagus sebab boleh nampak banyak bangunan dari atas, lepastu berangan kalau terjatuh pun at least mendarat atas KLCC or Pavi hehehe. Atau swimming pool mana-mana hotel. And since we love extreme sport so bad, sky-diving is so in! Kalau nak pilih scuba-diving nanti macam I gemuk dan berat dalam air so macam malu lah kan nak berenang tercungap-cungap. Lagipun dalam air macam dah biasa je. But sky-diving nanti rasa badan macam ringan, and we will get to be trained by hot trainees (I hope) to balance ourselves before flying in the air yipii. Eh i mean diving, flying pula haha tiba-tiba Superman.

Sooo, please do check out my entry and vote for me right hereeee, pretty please. Oh, let’s see if you can give much more brilliant ideas and participate as well, click here to join! Jadi kita sama-sama ada chance untuk menang! =B

October 21, 2010

Clearance sale,

So, haritu I dah janji nak tolong advertisekan untuk budak gem ni, so siapa yang nak beli baju-baju dia yang lawa-lawa, sila contact number ini ye, 017-3624668

Code : 04, RM 35
by cotton on, size S

code : 03, RM 45
by F21, size S

code : 01, RM 25
by Little Black Book, free size

code : 10, RM 38
cardi by Dorothy Perkins, size S

code : 11, RM 40
three quarter floral pants by Giordano, size S

code : 09 (black top), RM 25
free size

code : 08, RM 35
by cotton on, size S

code : 07, RM 25 (white vest)

code : 06, RM 30
by Miss Selfridge, size S

code : 18, RM 50
by F21, size S

code : 17, RM 35
by F21, size XS

code : 16, RM 40
by F21, size S

code : 15, RM 50
skirt + free black top
by F21, size S/M

code : 14, RM 40
by K.Moss, free size

code :13, RM 60
by Zara (basic hot pants-sizeM)

code : 12, RM 45
by Miss Selfridge, size S


Please don't get confused with the sequence, when I uploaded the photos, they get jumbled up and very difficult to rearrange, so please ensure the right code and provide your details as well. Yang rempit, jangan mengorat kawan I ni, dia dah ada boyfriend yang sangat tinggi. Okay toodles~

October 16, 2010

Jadual study saya untuk menghadapi final.

Memandangkan kelas dah habis untuk sem ini, jadi study week pun bermula. Orang-orang yang pemalas seperti I, akan menghargai study week yang diberi oleh UiTM sebab tidak belajar secara konsisten dan memuja teknik last minute study. Jadi, mesti ada jadual belajar yang ketat sangat untuk ensure semua topics and semua subjects aku dah cover. Mari lihat jadual study kite!

6.00 pagi : Bangun, mandi, sembahyang. Pilih baju untuk ke kelas. *Terdiam* Baru perasan tiada kelas. Kelas dah habis. Malu dengan diri sendiri. Simpan semula baju dalam almari. Sambil berkemban dan berambut basah yang dibalut dengan tuala, tidur balik. Shuuh shuuh kena qadak tidur yang dulu-dulu untuk jaminkan kesihatan semasa Final nanti.

10.00 pagi : Excited sebab tidur lama. Bangun dan mandi lagi sekali. Turun bawah, buat sarapan sendiri. Nugget, 6 ketul. Main dengan kucing. Makan nugget. Kucing mintak nugget. Bagi nugget dekat kucing. Tak cukup nugget sebab kucing makan lebih banyak. Masak lagi 3 ketul. Kucing mintak lagi nugget.

11.00 pagi : Dah habis makan, mesti nak baca surat khabar. Duduk depan TV sambil baca surat khabar. Flip, flip surat khabar, flip flip channel TV. Ada Spongebob. Back-to-back episodes okay. Kena stay sampai pukul 12.00 untuk tengok semua episod.

12.00 tengah hari : Bunyi ketangketungketang Alexander! dekat dapur. Pergi ke dapur lihat mama baru nak start masak. Tolong goreng atau tumis atau potong apa-apa. Sambil tunggu ikan digoreng, pergi balik dekat TV, tengok Chapalrela. Hik hik.

2.00 petang : Kenyang sangat. Masuk bilik. Tengok buku-buku atas meja. Duduk kejap. Flip-flip tengok sepanjang sem pernah belajar apa. Terpandang debu-debu atas lantai. Ambil vakum, vakum satu bilik dan lap-lap cermin, padahal selama ni tak lap pun.

3.30 petang : Cadar katil dah tukar. Jadi kena rasmikan dulu sebelum kucing rasmikan. Baring kejap sambil main game dalam handphone. Tertidur.

4.30 petang : Terbangun. Basuh muka basi bangun tidur. Rasa macam bilik mandi kotor pula. Terus mandi sekali lagi sambil basuh bilik mandi.

5.30 petang : Apak kata tak elok belajar petang-petang. Pergi beriadah atau berekreasi kan boleh mengembangkan otak. Terus ke luar rumah untuk beriadah.

8.00 malam : Time yang sesuai untuk belajar! Tengok buku atas meja balik. Tengok pencilbox. Punggahkan pencilbox tengok pen apa nak dipakai masa exam nanti. Huh. Takde pen yang best. Kena pergi bookshop beli pen sebab nanti takde mood nak buat nota.

9.00 malam : Balik dari book shop telah beli 5 pen dan 3 buku nota baru dan 4 sticker cantik-cantik untuk lekat dekat buku. Belek-belek buku atas meja kembali. Baru sedar, lupa lah nak beli highlighter.

9.30 malam : Cuba selongkar drawer yang ada untuk tengok kot-kot ada highlighter belum pakai. Oh, rupanya banyak pen-pen yang best dalam drawer cis kenapa tak tengok tadi. Tiba-tiba terpandang buku-buku dan benda-benda tah pape dalam almari sebelah tingkap. Godek-godek tengok apa benda yang aku simpan dalam almari sebelah tingkap ni. Awwww gambar masa muda muda dari 2 tahun sehingga asasi kedah. Godek-godek lagi, awwww ada diari semasa darjah 4 awww baring kejap atas katil sambil baca diari darjah 4. Gelak sorang-sorang tengok jam oh myy dah pukul 11.00!

11.00 malam : Pergi balik ke meja study. Ok kali ni mesti belajar tak kisah lah satu line pun takpe asalkan dapat input untuk hari ni. Terpandang laptop kat sebelah. Ish lama tak lap dan bersihkan keyboard laptop.

11.30 malam : Baru habis lap dan bersihkan keyboard laptop, turn on laptop sebab nak bersihkan dalaman dia pula. Update antivirus, uninstall program yang tak guna, godek-godek games lama. Sekali tengok eh ada wifi, hish siapa yang turn on kan streamyx ni. Terpaksa online.

11.50 malam : Baru teringat kewujudan oovoo. Rasa macam nak try lah. Huh malam ni jugaklah kau nak create oovoo. Telah buat oovoo. Add Nabil yang berada di Germany. Tengok-tengok Nabil online. Video call sambil ambil-ambil gambar.




12.45 pagi : Nasib baik Nabil tiba-tiba ter offline. Jadi, baru perasan dah pukul 12.45, eh lamanya aku vc dengan Nabil. Tutup laptop. Mata berat.

1.00 pagi : Belajar esok je lah. Ngantuk sangat tokleh fokus. Zzzz.


**Kau cakap sekarang macam mana aku nak berjaya dalam kehidupan?!

October 13, 2010

Teman belajar ke final.

Hai semua! Bertemu lagi kita dalaaaam, ok taknak. Jangan nak tipu semua orang yang kau friendly dan outspoken macamni. Hakikatnya pendiam gila dan selalu duduk paling depan dalam kelas *blush* Jadi next week adalah study week saya dan rakan-rakan seperjuangan. Next, next week baru lah perjuangan sebenar bermula, ketika itu rambut mula berketombe sebab tiada masa untuk syampu, muka mula tumbuh cendawan menandakan lama tidak scrub dan apply masker, jari mula melecet kerana first time tulis nota sangat banyak kerana last minute study, dan banyak lagi kriteria yang akan lebih menghodohkan diri ini dari yang sedia hodoh kini. *inhale* Jadiiiiii, sebelum ke Final exam, saya ingin memperkenalkan teman-teman belajar saya yang turut ada ketombe di rambut, cendawan di muka, lecetan di jari *hik hik*, mariiii.

Astaghfirullahalazim. Beberapa minit sebelum test Consti. Tak, jangan salah faham, bukan saya je yang tidur, sebenarnya dekat belakang-belakang tu ada lagi yang terjelopok sambil membaca, tapi nampaknya saya seorang je yang fail untuk terus membaca the end.

Gambar sopan sikit untuk cover keburukan tadi *uhuk*

Teman pertama ; Netbook kitew. Cehwah netbook nampak setengah je, baik takpayah cakap teman pertama adalah netbook. Lebih baik cakap teman pertama adalah serkop kelabu yang dipakai di dalam tudung ke hape.

Dan beberapa teman yang lain. Semua ini sempat saya makan dalam masa 3 hari sahajew, malunyew buat Jalan-jalan cari makan tiada krew kamera.

Bai bai bai bai cendawan hiris nama bruschetta baaii.

Bai bai bai bai baiii chicken salami dalam roti pitaa baii.

Uuuuuuu, triple cheeseburger the bomb yang meleleh leleh cheese dia.

Uuuuuu cheeseee lagiii banyaqqq, tengok, sampai eja "banyak" dengan hurop Q di belakang menandakan teramatlah banyak, bersama prawn dan mushroom. Bbbrrrrrr (buat bunyi yang menggigil lepas minum coke tu)

Yang ini first time saya makan di Bun-D, sek 7. Bun-D okay, vokalis Amuk yang Yeayy Yeayy! yang pakai topeng tutup mata tapi tak tutup hidung dan mulut tu.

Ini juga dari Bun-D yang Yeayy Yeayy! yang pakai topeng tutup mata tapi tak tutup hidung dan mulut tu.

OMK (Oh Mak Kau) ini baru betul betul melahar u olls. Tak pernah I makan kat Ayam Penyet. Sekarang dah boleh act kat orang yang hello kite dah makan Ayam penyet yang bila masuk restoran diorang hanya kedengaran ayam-ayam dipenyetkan dengan batu lesung. (Kita assume je diorang pakai batu lesung baru macam ganaih sikit)

Khulafa, hik hik.

Ini teman belajar dari Sem satu lagi, jadi faham faham lah, muax muax!

INI TEMAN BELAJAR SEMENJAK ASASI KE HAPE TAH, TENGOK KARPET, HAH KAN DAH KANTOI TIDUR DEKAT SURAU TAU.

Pengengsot gula baru kitew, nama diew Abun. Ni aksi dia letih bila dia dah makan, lepas makan nanti dia lethargic lepastu kembangkan tangan seperti berenang kuak dada dan cari spot paling senyap dan gelap di atas katil, jadi kena aware takut terhempap atas Abun. Selalunya dia tidur bawah bantal, jadi bila kita angkat bantal, nanti dia buat muka menyampah macam rolling his eyes ish menyampah i.

Hohhhh takut. Macam Xena dalam Lawak Kampus tak?

Okayy! Doakan kejayaan saya untuk final nanti bye.

October 4, 2010

Ok, last raya, last last.

Hatchuu ekhem krohh krohh *buang kahak*, ehem.. Ok ye apa khabar semua ya ampun ya ampun raya dah tinggal seminggu je lagi, siapa yang tak buat puasa 6 rugi, rugiii. Takpe, takpe, next raya ada lagi. Jadi sekarang final tinggal lagi 3 minggu. Sebenarnya tak sabaq cek nak final, sebab cuti sem nanti nak kerja, nak kerja! Kau tahu tak aku nak kerja sekarang kerana dah yakin bawa kereta, jadi mestilah kena rajin bekerja. Jadi sebab hari Sabtu hari tu, sebenarnya I baru baiki GPS hikhik jadi sebab mengada nak testing GPS, tiba tibalah terpergi openhouse beberapa rakan taulan.


Hai, bersedia untuk makan? (Sumpah contradict dengan entry kat bawah, ok lah esok start diet)


Ini hari kantin atau apa ini, sangat comel siap ada label makanan disertakan smiley. Min, min.

Setiap tahun tak pernah fail nak datang openhouse Min sebab spaghetti carbonara dia shedapp ya amatt fuh gilee memang meletupp oh mak kau kuasa duaaa (cakap laju macam iklan celcom tu)


Jaja yang cantik macam diva viva siva. Tengok dia dapat complimentary buah-buahan. Sebab dia diva macam Kak Nita kite.

=_=" Tak cukup diva lah weh kau, takde complimentary buah pun booo booo.




Omel, pakai eyeliner sampai ke bibir.



Haha, motif ambil gambar sayur? Sebab nak tunjuk diet yang healthy.

Warith de shadie hen haochi! (Warith punya sate sangat sedap!)
Ok tak, sebenarnya bukan sate warith pun, ada gerai sate buka depan rumah dia. Terer kan.


Jaja diva kite dah penat dari pukul 2.00 sampai 12 malam beraya rayi. Diva tak diva lah weh, matching dengan bantal leher kereta i, auww.


Haha tiba-tiba penghabisan gambar Haziqah di rumah balaknya yang ada BBQ. Ok bye semua.


*Esok baru mula sit up 30 kali setiap pagi dan minum air 8 liter, amin*