April 24, 2009

Kini I juga jual selendang.

Selepas entry Bagaimana hendak memakai selendang? di bawah, ramai telah bertanya, "Iz, mana kau selalu beli selendang?" dan "Iz, jenis kain yang senang nak bentuk mana nak cari?". Tiba-tiba tuhan telah datangkan I seorang supplier selendang yang baik hati merangkap senior part 6 UiTM I, Pika, dan kini I telah ada banyaaaaaaak selendang serba baru untuk dijual! *bukan pre-loved, atau dipakai balik, semestinya anda tidak akan mendapati ada sisa kuah kari melekat dan sebagainya.

Jenis kain terdiri daripada chiffon, polyster, netting, ah okay tu je. So macam, SUMPAH DEMI ALLAH WEH SENANG GILA NAK BENTUKKAN IKUT MUKA TSK, KALAU BOLEH SEMUA HELAI AKU NAK SIMPAN TAKNAK JUAL WOH SEBAB BEST SANGAT.

I akan postkan entry bila selendang-selendang ini telah sedia untuk dihadapkan kepada korang semua. Sebab nak tengok sambutan, KANG TAK DAPAT SAMBUTAN MACAM MANA NAK SUPPORT TABUNG PTPTN WOH, TAKKAN NAK HARAPKAN NUFFNANG JE.

Price range will be around RM 28- RM30. Gila murah weh, dahlah semua pattern ayu, material lagi lah best, lebih best dari Kamdar punya, semua wajib beli satu heh.

So, wait for the next entry y'all !! * cewah sekali next entry pasal trip pergi UiTM Perak hoh, oh ha ah next week I pergi melawat best friend I, misaikusutmasai dekat UiTM Perak. Hanis, jealous sekarang sebab kau takdapat join, tak boleh jumpa boyfriend kesayangan. (eh lupa shafiq dah keluar pergi MIAT)

Ok bye.

April 19, 2009

Bagaimana hendak memakai selendang?

AKHIRNYAAAAAA, MASA YANG DINANTI-NANTIKAN TELAH TIBA. *padahal takde sape tunggu pun. (ah takpe, nak jugak ada drum rolls,)
Aku bangga hari ini, sebab walaupun sibuk menelaah untuk final exams (PADAHAL SIBUK MENELAAH NEED FOR SPEED) tapi masih ada masa untuk sengaja ambil selendang kemudian camwhore sendiri untuk tunjuk cara-cara lilitan selendang aku untuk dimasukkan dalam blog. Padahal seluar tak pakai, selendang je pakai, okay asal aku bagitahu yang ini.
Okaaaaay, kepada semua yang pernah minta aku postkan entry ini, ini khas untuk kau semua! =')

Terutamanya yang bakal melahirkan anak, atau pun kepada yang telah meng emelkan permintaan, dan komen-komen dan etc. Lepas ni korang kena wajib doakan aku dekan this sem okay * paksa

K H A S B U A T K A U S E M U A (nada azwan ali bila tengah umumkan siapa pemenang carta Hits 1)

Pertama : Cari mana mana selendang yang anda rasa lawa. Tak lawa pun takpe, kalau ada alas meja yang bentuk selendang pun boleh, asalkan tidak ada sisa air milo tumpah. Letak atas kepala, dan pinkan pakai kerongsang. Kerongsang jangan begitu besar, nanti leher nampak gemuk.


Pastikan selendang sebelah pendek dan sebelah panjang. Kira agak agak je ah panjang berapa semua sebab I takde pembaris panjang nak ukur. Takkan nak pakai jengkal atau depa.



Tarik yang bahagian panjang ke belakang untuk di letakkan atas kepala. Ye, aku tahu muka aku tua bila buat aksi ni. Bawah mata berkedut, padan muka tengok lagi Gossip Girl sampai pukul 8 pagi.

Haa, tarik sampai bahagian sebelah muka. Kalau selendang yang ada jurai jurai dekat hujung tu, pastikan jurai jurai tu sampai dekat bahagian telinga, baru macam langsir. Nanti bila exam, bole tiru kawan sebelah dengan mengintai di sebalik jurai-jurai ni.


Hasilnya macam ini, biasanya I tak pinkan dekat atas kepala, sebab bila angin kuat, tiup selendang tu, nanti macam sepoi-sepoi selendang tu bergerak, secara langsung mewujudkan imej ayu korang. YANG NAMA AYU TU DAH MEMANG AYU, TAKPAYAH LAH GEDIK SAJA TAKNAK PINKAN WOH.




Yang bahagian pendek pula, boleh ditarik kan ke tepi, kalau taknak tarik pun, boleh jugak, style apa. *wink wink


Tarik sampai habis lepastu letak dekat belakang.


Sekarang, dah boleh cuba betul-betulkan bahagian hadapan supaya tak nampak leher gemuk atau pun macam ada bela beguk sebalik selendang.



Kan aku dah cakap, senang je, takde ah sampai terbelit kerongkong sampai tak bernafas pun kan, kalau ada apa apa persoalan, boleh tanya, tapi kalau dah berjaya buat, MMS AKU SEKARANG. Padan muka korang, sekarang kena tengok gambar geli aku ;

Okay dah bye.

April 15, 2009

Come out , come out wherever you are.

Sometimes, we would miss a lot of things from the past. And when I'm talking about the past, I mean, it must be from the past. Macam past tense, bukan present tense. Ada kaitan kan dekat situ.

Aku selalu termimpi benda-benda yang rare macam bunga rafflesia, taj mahal. Kan rare itu. Dan lately, aku pernah termimpi satu slot tentang imaginary friend aku, Sally.

Truthfully, dengan usia yang dah tua bangka sekarang, kalau aku merayau-rayau dekat Toys R Us, mesti ada beberapa orang budak kecil yang duduk sorang-sorang kemudian cakap sorang-sorang dekat satu sudut yang dalam dan terpencil. Kadang-kadang, dia bercakap seolah-olah ada seseorang yang tengah duduk sebelah dia padahal takde pun.

Kalau mama perasan aku tengah tengok budak kecil itu mengomel sorang-sorang, nanti mama kata, " Kau dulu macam tu lah, takde kawan, " HOH.

Tapi aku mengaku aku pernah macam tu. Walaupun tak berapa kuat ingatan aku tentang Sally, aku ada ingat sikit sikit. Macam kongsi bahulu dengan Sally. Payungkan Sally sambil Sally ambil bola ping pong tepi longkang. Sally ajak masuk hutan dekat kampung pun aku ikut sampai calar-balar. Bila kena marah, Sally selalu lepas sebab mama tak nampak dia. Main tipu kau Sally. Sally pun selalu belajar lagi cepat masa dekat tadika. Tapi dia duduk sebelah aku lah, sebab dia tak bawa buku. We even have our very own language (00)

Tapi semakin membesar, aku pun dah lupa mana Sally pergi. Tapi aku tak takut sebab at least, aku simpan imaginary friend sampai 5 tahun je. Kalau sampai sekarang, DAH LAH WEH MACAM TINA CERITA, ADA KAWAN DIA SELALU SEMBANG SORANG-SORANG SAMPAIKAN MASA AMBIL WUDHUK PUN NAK BERGOSIP DENGAN IMAGINARY FRIEND DIA, SERIUS CREEPY.

Tapi aku rindu Sally. Kalau Sally tengok aku sekarang mesti dia terkejut sebab aku telah membesar dan aku pun mesti terkejut sebab dia pun dah membesar. Walaupun aku lupa muka Sally macam mana tapi practically, rambut dia kuning, mata dia biru, hidung dia kecil, selalu pakai scottish skirt dengan stokin sekolah panjang. Gila dahsyat aku reka imaginary friend cantik sebegitu.

Aku harap korang pun ada imaginary friend. Nanti takdelah aku rasa creepy sorang-sorang.


Amin.

April 11, 2009

Entry I yang paling pendek.

Awak comel sangat sangat.

Tapi awak orang lain punya.

April 9, 2009

Huh.

Aku memang cukup pantang kalau sekarang zaman semua serangga dekat Semeling ni tengah mengawan. Setiap kali lepas habis kelas, bila masuk bilik, nanti bersepah bangkai bangkai diorang atas lantai, siap ada tahi hijau penyek dekat sebelah, dengan bau yang macam ahsjancacjasckajca YA ALLAH SUMPAH TENSYEN GILA BOLEH EFEK MARKAH FINAL TAHU TAK. Boleh kira berapa ratus kali aku sapu bilik setiap hari sampaikan penyapu pun dah hilang gara-gara amalan pinjam-meminjam.

Diorang siap boleh buat sarkas lagi, buat bulatan terbang berpusing-pusingan dekat lampu kalimantang. Bila aku tutup lampu, konon nya diorang akan terbang keluar tingkap, SEKALI PERGI MELEKAT DEKAT LAMPU HANDPHONE TAKPUN LAMPU MONITOR. Ha macam sekarang ada 3 ekor kumbang dekat skrin laptop ni, takpe, aku sabar je, jangan mencarut dekat serangga. Lepastu nanti ada sekor dua datang masuk baju, TAKPE AKU SABAR JE. LEPASTU DUA TIGA EKOR MAIN BELAKANG BADAN FINE AH SERANGGA SEKARANG DAH PANDAI BERLUCAH. Tapi paling aku tak tahan, kalau dia masuk rambut, tiba tiba aku terasa ada kutu besar merangkak rangkak dekat kulit kepala like wtf annoying gila serangga-serangga ni. YANG PALING ANNOYING, YANG BARU BERLAKU TADI, semasa aku sedang type tentang entry ini, tiba tiba aku rasa ketidakselesaan dalam seluar dalam, TSK, menjerit aku satu kolej, kalau dah sampai masuk seluar memang lah weh, MEMANG LAH WEH MEMANG MACAM KENA BULI DENGAN SERANGGA TAU TSK.

Aku rasa bukan aku je merasakannya. Semua UiTM pun kan kan KAN. Sebab serangga memang binatang peliharaan semua bilik, jangan tak nak mengaku. Tapi sampai sekarang aku belum jumpa Cali / Charlie lagi, aku tahu, aku pernah bincang pasal Charlie dengan Jah. Kitorang tak pernah tahu dia warna apa, dia bau macam mana, bahasa dia apa dan sebagainya. Tapi, gigitan cinta Charlie memang power bak kata semua orang. Berbisa sampaikan boleh kena nanah dan menjatuhkan saham kalau gigitan itu terkena pada muka.


Dan aku dengar juga, floor bawah bilik aku ni, semua dah kena gigit Charlie. Huh. Tapi kalau Charlie comel macam ini, aku tak kisah digigit sampai dah grad.

April 4, 2009

Hari Kesyukuran untuk orang pendek.

Aku tahu, di Malaysia ini bukan ramai orang tinggi. Ketinggian optimum adalah lebih kurang 155 cm barangkali (aiceh suka hati je nak letak 155cm supaya tak rasa out of optimum list gehehehe) Dan dengan pelbagai baju baju dan seluar seluar dan baju-seluar gabung sekali semua nya pasti nampak lebih cantik bila dipakaikan kepada orang yang tinggi. Pakai kasut tinggi tak termasuk okay. Jangan ingat pakai kasut tinggi tujuh inci lepastu sorok kasut di sebalik jeans yang labuh boleh memperdayakan orang, *aku tahu sebab aku biasa buat heh.

Dilema aku-pendek-tak-cantik, aku-pendek-tak-sesuai-pakai-high-waisted-jeans, aku-pendek-lebih-baik-diri-paling-tepi-dalam-gambar-kelas, itu semua sudah pernah aku rasakan. Dan aku pasti, sebahagian orang orang yang pendek juga merasakan yang sama. Hakikatnya, jangan gelar diri sendiri pendek! Cuba gelar comel ke, kecil, molek, kerdil, kenit, genit, petite, dan sebagainya yang menyedapkan hati sendiri. Lagipun kita hidup untuk menyedapkan hati sendiri, buat apa sengaja tampal gambar-gambar Agyness Deyn, Pixie Geldof di dinding sebelah katil, kemudian bila bangun, terus rasa "Eh agak agaknya aku tidur 8 jam malam tadi, tambah 3 inci tak?" kemudian pergi ke cermin untuk periksa malangnya hampa. Cubalah tampal kadbod sifir 2 sampai 12 ke, takpun poster Terima Kasih kerana Mempercayai Zhulian.

Ada banyak kelebihan orang pendek sebenarnya.

Pertama sekali, kita senang menyelinap masuk dalam ruang ruang kecil, seperti di dalam konsert dan gig atau dewan dining, orang pendek memang mudah untuk mencelah-celah dalam lautan manusia yang ramai. I ingat lagi waktu sekolah rendah, masa itu pintu kelas kunci, semua murid tengah beratur dekat luar, tapi kitorang semua tak dapat masuk sebab tiada kunci. Memandangkan ada dua buah tingkap pecah, dan ada sedikit ruang kecil untuk membolehkan seseorang yang kecil juga masuk melalui tingkap itu, Raphael yang kurus keding kecil molek pun telah menjadi hero hari itu. Terus ramai budak perempuan nak duduk sebelah dia waktu pendidikan seni. Termasuk aku, sebab nak pinjam water colour.

Kedua, orang pendek boleh menyamar dengan mudah untuk dapat tiket masuk wayang atau taman tema air dengan murah. Kalau lagi pendek lagi senang. Nanti penjaga tiket pun boleh ingat budak 18 tahun baru berusia 12 tahun. Jadi, harga yang perlu dibayar half je. Lihat, bukan menjadi tua sahaja boleh menikmati kad diskaun membeli-belah di Kamdar, tapi kita pun boleh buat kad diskaun sendiri untuk memasuki taman tema air. Terus esok nak pergi Sunway Lagoon.

Ketiga, dapat menipu dengan baik untuk mendapat duit raya yang banyak. Biasanya, semakin membesar, orang makin malas nak kasi duit raya dekat orang yang makin lama umur nya makin tua bangka. Tapi jikalau kita semua pendek, sampai bila pun memang senang dapat duit raya. Boleh pusing pusing satu kampung pakai baju kurung / baju melayu dan rembat sekurang-kurangnya seringgit dari setiap rumah. Tapi, kadang-kadang kakak aku selalu dapat RM50 dari pakcik makcik tapi aku selalu dapat kurang. Padahal dua dua pun universiti. Sebab mereka kata, yang kecil mesti dapat sikit. Tapi yang aku tak puas hati, bila datang bertandang ke rumah kawan mama atau apak, lepastu adik lelaki aku yang baru 16 tahun tapi sosok badan seperti 19 tahun akan dapat RM 10. Tiba tiba aku dapat RM 5. Alasan mereka, "Eh, bukan ke kau baru habis UPSR?" (+_-)! *tsks.

Dahlah iz, takpayah susah susah perah otak cipta kelebihan orang pendek, sebab Cleo Magazine pun telah keluar dengan penyataan orang yang lebih tinggi dari 165 cm mempunyai risiko yang lebih tinggi dalam menghidap osteoporosis, sakit tulang belakang, sakit sendi otot dan ligamen di lutut. JADI APA TUNGGU LAGI? PENDEKKAN LAH DIRI ANDA JIKALAU ANDA 165 CM DAN KE ATAS. Lagipun, aku pernah merasakan diri ini tinggi, semasa darjah tiga, aku boleh dikira sebagai budak perempuan yang tinggi juga sebab masa tu, Hanis pun takat telinga aku. Haha. Masa tingkatan satu, Nabil pun tak sampai dahi aku, sebab tu lah cinta nya ditolak, eh tak tak sebab tu lah aku bagi tempoh Nabil sampai tingkatan tiga kalau tak tinggi juga, tiada cinta untukmu. Sekali sekarang HAMBEKK KAU IZ SEMUA KAWAN DI SEKELILING 165 CM KE ATAS. Kau seorang je terkial-kial dengan 158 cm kau. Takpe, semua kawan aku wajib ambil vitamin lebih nampaknya ihik ihik.

Dan dengan entry ini, I tak kisah. I nak umumkan juga hari ini ditabalkan sebagai hari Kesyukuran untuk orang pendek. Biarlah, I pendek, I nak tabalkan juga =B Lagipun hari ini 4.4.2009, nombor yang cantik maka semua orang kena highlight kalendar dalam phone sekarang.

Bagi orang orang tinggi, boleh peluk cium sesiapa yang pendek di sebelah kau sekarang. Dan yang pendek, marilah peluk dan cium diri sendiriiii!!

*amaleena yang terhingin sangat nak jadi tinggi sedang menghargai I.

April 3, 2009

Kau pernah rasa ter-suka seseorang melalui blog?

I tak pernah lagi terjebak dengan cinta Internet ni. Baik dari Myspace ke Friendster ke Facebook ke, chat room ke, My Rakan ke Kaakis ke Hi5 ke Pokersite ke Kampungchat ke hah hambek kau semua aku dah list outkan. Kira sekarang, cinta Internet adalah salah satu medium untuk menyemarakkan keinginan untuk memiliki sesuatu perhubungan intim omg asal aku cakap macam ni sia. Tsk. Tapi sejak kebelakangan ini, aku mempunyai seorang kawan, yang semacam taksub dengan seorang blogger dalam dunia blogspot ni. Memang pantang kalau blogger tu dah update blog dia dengan latest entry bagai, TERUS DIA BACA, TERUS BILA BACA HISTERIA, JERIT OMG OMG AKU BOLEH JE MENCINTAI ENGKAU, AKU BOLEH JE MENCINTAI ENGKAU. Takut weh, serius takut. Tapi bila aku baca blog yang dia minat sangat ni, betul lah. Agak comel penggunaan bahasa dia sebagai seorang lelaki, susah woh nak cari lelaki yang hensem main blog lepastu selalu kelakar dalam penulisan entry entry dia. DENGAN TIADA AWEK. Aku faham perasaan kau, kawan.


Aku rasa ramai juga di antara kau orang yang pernah menjalinkan hubungan intim okay iz, tolong jangan pakai word intim lagi, pakai lah cinta ke apa, intim macam brand Intimate pembasuh harian wanita woh. Takpun macam kumpulan nasyid In-team. Okay, pakai cinta. Mesti di antara kau orang yang jumpa awek atau boifren dari dunia Internet. Biasa lah kan tu. Lagi lagi dari social network macam Myspace, Friendster semua. Facebook lagi romantic, siap boleh kasi cincin, handbag LV, bunga semua, siap boleh poke poke lagi, amboi amboi manjanya. Tapi dalam dunia blog, bila kau baca blog seseorang, kau rasa seperti mengenali orang itu. Macam aku cakap lah, kan lebih intim.


Daaaaan sekarang kawan aku di bilik sebelah sedang menjerit lagi sebab blogger yang dicintai itu, telah postkan entry tentang betapa rindu nya dia dekat bekas kekasih dia. Dan bagaimana dia kini telah kerap ke perpustakaan kerana meminati seorang senior perempuan. Dannn telah mula bercinta dengan senior perempuan itu pun akhirnya. Kalau korang dekat tempat I sekarang, dah boleh dengar dia menjerit satu bangunan, "Abang comel tinggi 169sentimeter, (nama blog tersebut, macam kalau i = macham iz punye), AKU BOLEH JE MENCINTAI ENGKAUUUUU," Hahaha comel lah kawan i ni. Tapi takpayah lah korang google Abang comel tinggi 169 sentimeter, itu aku cipta je. Taknak reveal nanti kawan i jealous semua orang pun jatuh cinta dekat abang comel tinggi 169sentimeter.


Mungkin sekarang dah tiba masa untuk i godek godek semua blog yang ada lepastu jatuh cinta juga. Kan kan kan?

April 1, 2009

Kalau begini aku rasa semua manusia akan mati dipijak.

"Sayang, I'm sorry,"

"Kenapa, what have you lakukan?"

"I nak minta break,"

"APA?! YOU JANGAN LAH YOU, KENAPA YOU KENAPA, SETELAH BEGITU LAMA CINTA KITA TERSEMAI, SANGGUP YOU BUAT BEGINI PADA I,"

"Sorry,"

"KENAAPA YOU, YOU ADA PEREMPUAN LAIN EH? I KNEW IT. I DAH AGAK DAH. PATUT LAH I MUSYKIL KENAPA LATELY YOU SUKA MAKAN DEKAT CAFE PAKAI TALI LEHER."

"I am so sorry,"

"Why? tsk,"

"Sebab dah pukul 12.01 malam. April Fool,"

"MATII KAUU!!"