Babak dalam filem banyak yang menipu.
Babak romantis 1 : Bila terkejutkan mak yang tengah potong sayur, mak pun akan tergelak kecil lalu mengusap rambut anak dengan penuh kasih sayang.
Yang sebenar : Mengterkejutkan mak yang tengah potong bawang dan menunggu mak pusing belakang untuk ketawa kecil. Mak pusing belakang tonyoh mata anak dengan bawang, halau keluar dapur.
Babak romantis 2 : Bila rosakkan majlis perkahwinan orang, dan mengaku dekat pengantin perempuan, selama-ini-saya-tak-nampak-awaklah-orang-yang-saya-cintai. Pengantin perempuan pun terharu lalu mendakap dengan erat, terus pengantin lelaki ke tepi, tukar pengantin dan duduk atas pelamin.
Yang sebenar : Setelah sekian lama mendiamkan diri dari mengaku dia suka perempuan ini, bila tinggal sehari saja lagi untuk si perempuan berkahwin, dia pun lalu berjumpa dengan si perempuan dekat mapley dan mengaku. Si perempuan simbah teh o ais, tampar dari pipi kanan sampai pipi kiri. Bakal suami si perempuan yang memang dah ekori dari tadi, keluar kereta, angkat kereta dan baling kepada mat yang baru buat confession tadi.
Babak romantis 3 : Bila masuk chatroom dan chatting dengan orang yang tidak dikenali. Bila berjumpa, wah rupanya sangat kacak, tertarik menarik kau memang the bomb, anak raja lagi tu.
Yang sebenar : Chat punya lah lama, siap dah couple dari internet lagi. Lepastu janji sehidup semati. Perempuan punya lah cantik macam goddess. Dia pun ingat Sk8er_boyZxSmxkSHJxac bermuka ala-ala Chad Michael Murray. Bila jumpa, terus bagitahu, "Iz, delete Sk8er_boyZxSmxkSHJxac dari YM aku," Kesian Sk8er_boyZxSmxkSHJxac, punah-segala-istana-impian-yang-ku-binakan-di-awangan-untuk-kita-terbang-tinggi-di-awan-dania-selamanya.
Babak romantis 4 : Kapten bola sepak di sekolah menengah bukan sahaja hensem menawan, malah, kaya dan teruna, sangat pandai dan mempunyai jiwa halus. Tidak pernah judge perempuan berdasarkan rupa.
Yang sebenar : Perempuan ini pun dengan gagahnya menulis surat cinta pada kapten bola sepak yang sempurna semua sifat itu, dengan harapan marilah-kita-ke-prom-bersama. Dan dibalas, "Badak sundal, ada hati nak dekat aku yang hensem ni, cermin lah diri kau tu woi," sambil berlatar belakangkan kawan-kawan lain yang hensem, berkemeja tidak tuck in, rambut pacak-pacak, kasut sekolah ada lukisan checkers sambil terkekeh-kekeh dan passing-passing surat cinta dari seorang ke seorang yang lain.
Babak romantis 5 : Bila kata pada bapa, minat anda adalah lain. Bukan pada pelajaran, tidak mahu belajar, tidak mahu ikut plan yang bapa dah tetapkan, tolonglah faham. This is not my dream, it's yours. Kemudian bapa akan go like, Oh son, am so sorry, dan terharu lalu kesal dan peluk anak lalu air mata mengalir meresap pada baju Lacoste anak.
Yang sebenar : Sorry Dad, I don't wanna do medicine. I'm a musician. This is not my dream. It's yours. Bapa naik ke bilik anak hempas gitar dari atas ke bawah dan berkata, "Kau ada duit ke nak bayar balik semua yang aku bagi kat kau?" Malam itu juga terus beli tiket fly pergi Russia buat medic.
Babak romantis 6 : Bila aktiviti membasuh kereta dijalankan, tiba-tiba tak sengaja, terpancut air dekat seorang ini, yang seorang ini gelak kecil. Lalu, yang seorang lagi, kuatkan saluran air, siram dekat yang seorang tu, dengan aksi manja dua-dua sedang bermain air, sambil ketawa bersama dan menjerit-jerit, "Hikhik janganlah hikhik jangaanlahh,"
Yang sebenar : Abang terbaling sponge. Adik pun menjerit keriangan "Berhenti, berhenti!" padahal dalam hati, "Tolong lah siram lagi, tolong tolong,". Lalu lekas mengambil baldi, jirus air sabun atas abang pula. Abang pun putar paip, nak air yang lebih deras, terus aim paip pada adik, lalu, dua-dua pun berlari macam main police and thief. Mak keluar dari rumah sambil cekak pinggang. Lantas tutup pili air, piat telinga tarik dua-dua masuk rumah.
14 comments:
hehe., ada2 aja u ni Iz..
lawak2.idea memang pekat and kaw laaa
hahaha btol2...movie tuh nk best2 jer...reality tuh hampeh...
hahahaahha.......
yg bab mak slalu peluk2 anak tu, mmg mcm tpu. esp anak yg dh besar. kalau btol2 jarang je nk brpeluk2.
haha can't stop laughing
u mmg best la!!
suka!
stop pretending,
;D
siol la.. hahaha
nice..
=D
WEH YANG BABAK ROMATIS KE-5 TU MMG CLOSE TO THE HEART LA WEH.LOVE IT.tahniah.(dah la tergelak mcm gila.roomate i y laptop rosak mcm nk cekik i je.)
WEH I BALIK SBNG AHAD WEH.BILA NK BUAT KERAMAIAN??
XXm.
idea mantap la babe...hahha
besh2
Kreatif kamu...
Saya paling anti adegan dalam hujan... sepasang kekasih berlari kegirangan... menari di balik titis hari hujan... berguling-guling atas lecah...
Realiti...
"Takleh la kuar!! hujan ni!! Babi sungguh hujan ni... Huh!"
babak mamat yg bru nk ngaku cinta kt minah ni time wedding die tu mmg SGT STUJU...
mcm dlm cite 'made of honor' gitu...huhu...
Post a Comment