March 3, 2009

Aku sudah tidak tahan sabar lagi

Sebagai pemblog, semua sudah sedia maklum tentang etika-etika ketika beloging. Walaupun tidak ada diselitkan di dalam buku teks sekolah rendah atau pun manual membaiki kereta, tetapi semua sudah pandai-pandai sendiri tahu blog mana yang baik dan yang kurang baik atau yang tidak baik langsung. Dan biasanya, kalau blog yang kurang baik di mana selalu ada unsur lucah atau kurang ajar, kadang-kala mendapat sambutan hebat. Ok lah aku pun suka kot.

Setakat ini, aku tak rasa pun blog aku ada unsur lucah atau kurang ajar. Kalau ada pun mungkin sedikit ah bukan setebal bulu kaki. Dan sejak post yang pertama lagi, aku dah cuba membaik dan mengsopankan diri dan bahasa untuk jaga hati SEMUA pihak dan pembaca yang disayangi. Hakikatnya keadaan masih sama seperti dulu. Peti e-mel aku dan beberapa komen yang berbaur sial dan tidak diapprove masih berbaur sial.

Padahal aku tak rasa pun komen-komen tu ada kena-mengena dengan entry-entry aku. Macam nanti tiba-tiba ada orang komen, "Pakai je tudung tapi perangai macam pelacur," atau "Kau tuh dah lah berhijab, janganlah asyik nak mengutuk orang," atau "Kau ingat kau lawa?!" atau "Cetek betul pemikiran orang muslim bertudung macam awak ni,"

Haha ada ke aku offer servis melacur atau ada ke aku kutuk orang dalam setiap perenggan entries aku. Takpun ada ke dalam setiap gambar aku kapsyenkan, "Fuyoo lawa nya lah aku ni," Atau ada ke aku bermain di sungai yang cetek? Oh aku faham mungkin pemikiran cetek yang dimaksudkan adalah sebab aku suka membodohkan ayat sendiri kot.

Tapi aku rasa mungkin sebab aku bawa imej bertudung jadi assumption orang dekat aku mestilah kena jadi muslimah yang alim, bersopan santun, lemah lembut, lemah longlai, lemah gemalai, lemah batin eh tak tak. Sebab kebanyakan komen mesti ada selit pasal tudung. "kau tuh pakai tudung, kau tu bertudung, dah lah pakai tudung, pakai je tudung tapi taknak pulak pakai tudung saji haha dan etc,"

Okeylah, lepas ni aku akan jaga tata tertib, walaupun aku rasa aku dah jaga lah kot selama ni. Okey kawan-kawan, kitew berjumpe lagi di next entry yang berikutnya okaaay, jangan nakal-nakal nanti mama marah. Jangan rindu Yani (Nama penuh : Izdiyani) ya semua, belajar rajin-rajin, mari menderma wang ke tabung palestin. Derma lah darah sekali. Derma pakaian yang rasa-rasa kamu semua tak pakai lagi tu dekat bundle Yani dan teman-teman. Hihihi selamat malam, jaga diri, bawa kereta perlahan-lahan. Jangan lupa berhenti jika mengantuk dan ambil kesempatan minum kopi percuma di Mesra berdekatan. Jangan lupa pam minyak dengan sopan. Jangan lupa beratur dan bayar dua puluh sen untuk masuk ke tandas awam okay semua. Daaaaa ~~~~~~~


P.s (playstation) : Oh, kepada pembaca yang disayangi yang pernah request untuk aku postkan bagaimana hendak memakai selendang, sebenarnya aku bukan nya kedekut ilmu atau taknak share atau nak simpan sorang-sorang ke apa, tapi aku masih was-was lagi samada hendak post tentang selendang ke tidak sebab walaupun ramai yang meminta, tetapi ramai lagi yang mengutuk macam weh-kau-ingat-kau-pakai-selendang-lawa-sangat-ke-dahlah-semua-orang-tahu-lama-dah-kau-sorang-baru-hegeh-hegeh-nak-pakai dan sebagainya. BERSABARLAH. (tone bersabarlah macam nyanyian karaoke lagu raya Aishah yang suruh kekasih dia bersabar menanti kepulangan dia di hari raya.)

80 comments:

ily said...

EH ENOYINGNYE KAU POST BLOG MACAM NI.ahahah.PADAHAL AKU YG PUBLISHKAN POST NI.AHAHHAAH.JGN MARAH KONI.SLOW JEE AKU TEKAN PUBLISH POST KAN. :D

heretic preacher said...

asal wey? dah nak bersara ke? rilek a, aku blom puas bace ngarutan ko... pedulikan caci maki makhluk2 tapak kaki tu sume, jeles la tu... dorg takde life

Fendy said...

diorg jeles tu. haha

xpe janji ko comel :)

ana said...

ala iz ape heran org ckp, yg penting ko dgn hati ko yg ikhlas, dan tuhan je yang tahu,dan yg penting aku pn nk tau mcm mane ko pakai tdg ko..hehe..

MyNameIsPia said...

ko peduli kan saje mereke2 yg mencemuh.
lebeh baik jd diri sendrik tp dibenci. dr bepure2 jd org lain tp disukai.
yg penting aku suke ko. eh eh in a good way oke. hahaha.

TisHa said...

iz... aku br nk tanya camna kau pki tudung tu.. tp aku malas nk tanya sbb aku tgk komen ramai tanya tp kau takde pn jawab... boring ahh org dengki2 kt kau akhirnye kau tak dpt tunjuk skill memakai selendang terhebat.. kurang hajar sungguh mereka yg dengki tuh.. benci ahh!

J MAIDEN said...

isk. aku mntak ampun klu ko kena komen tak elok dgn org yg xelok pemikirannye. ai leb u ok

yatie chomeyl said...

iz, ala abaikan je mulut2 jahat yang dengki tuh. sekurang2 nya iz dah melaksanakan satu drpd kewajipan sbg wanita muslim :)

ps1: lagipon, cuba iz fikir dari sudut positif...kalau cara2 iz pakai selendang ni menarik perhatian orang2 yang sebelum ni free hair, haaa dah dapat pahala ...kan bagus tu :)


ps2: wat la ye entry cara2 pakai selendang iz nih...perut akak dah nak meletup tunggu nih hihihih

ps3: oooh x beli lagi ps3, x cukup duit lagik :)

Hanis Zalikha said...

Kan aku dah pesan, dont please the negative people, please the ones yang beg kau untuk ajar seledang. Eh I mean the positive ones yang hang on to your blog for more interesting stuff. Youre one of a kind babe, and you know it. Some people cant stand that, so takpe. You dont blog for them, you blog for mmm, ergh, lecturer bel kau? Eh tak. For yourself. Its been my dream to see you right here with me in the blogosphere (betul ke aku eja ni, takot3), and now that youre here, I couldnt be happier. Im a proud bestfriend.

P.S (Pusat Sumber): IDEA-IDEA KAU UNIK WEH. KAU TULIS BELOG DAH LAH BEST MACAM SIAL. Eh mak aku tak bagi cakap sial. Tapi tapi. Okay fine. Yani your blog is wonderful.

ahmad said...

kalo yang kutuk ko tu budak laki...sebenarnya dia minat ngan ko tu....kalo pompuan....pun dia minat ngan ko...hehehehe...ko punya femes dah setanding ngan macha....

aNnAsUeJiE said...

hi iz~ akak*cecewah akak konon*~
ok ok,i'm ur silent reader actually..
dlm dunia blog ni yg paling glemer ade 2...porn & complaining~! 2 tu je yg diorg teruja sgt2~ hahah~!
mampuih pi la kat diorg,janji kite tak jual ikan (selfish)...
psl shawl tu tunjukkan je..nak jgk share cara2 nak pakai~!
sape setuju angkat 2 tgn dan 2 kaki..dah 4 dah tu...kate nak tunggu 30 orgkan? ok,mari semua angkat mengangkat~! ;p

the-only-Alyaa.Jamaludin said...

naive gile semua orang yang ckp mcm tu "pkai tudung tapi" TIDAK TAHU KAH MEREKA ORANG YANG PAKAI TUDUNG ADALAH MASIH HAMBA ALLAH YG NORMAL DAN TAK LEPAS DARI MELAKUKAN MASALAH/DOSA. ingat nabi/rasul ke tak buat dosa langsung.
bosan betol semua orang yang berfikiran cetek sebegitu *yawn*


p/s- i tolong jwbkan utk u eh. to those who want to buy shawl yang lawa, go to arked at jalan tengku abdul rahman,kl . melambak kat sana. lawa lawa lagi. corak bunga/geometri/askar(ok tipu), semua ada. mostly RM10 jer.
HAH, kan dah jadi promoter dah kejap.

PeaCeMaKeR kaH? said...

"Iz..sabarlah Iz..Sesungguhnya sabar itu separuh dari iman..
Biarlah mereka mengata,mereka yang mendapat dosa.."

-ayat perempuan bertudung yang sopan-

hehe..

xpe Iz,just be yourself

l0ti f00l garden said...

dear yani,
hehehheheh...pedulikan mereka2 yg dengki dengan kamu.dengan ini saya hendak mengelink kan kamu setelah lama menjadi pembaca senyap supi n br nk request kepada kamu untuk mengajar cara2 nk memakai selendang dan tudung seperti kamu sbb selama ini pun bnyak kali mengetestnya tp xberjaya..by da way..kalo nk beli baju2 yg di iklankan tuh,bagaimanakah caranya?nk kn isi form x?do visit my page...cekedot

fatihahmohdzin said...

ala buat tak peduli sudah.blog u best ah.

btw,sebenarnya baru nak request u buat entry tutorial pakai selendang.u pakai cantik je apa=)

NIMI♥ Co. said...

alah u sempoi n roxx..deme jeles r tue!!
pakai shawl kaler kuku..perghhh salute r...then u pandai mix and match baju u ngan shawl u..
kalau i pakai tudung, u r idola i budak retard..
muahhahahah(gelak evil!)

fara_D said...

iz sabar okay.
orang tak senang tengok orang lain lebih.

buat derk suda.
lama lama dorang penat.
kay?

;)

*luck*

Azfa said...

dugaan... owhh dugaan...owwhhhh dugaan..

isk isk isk.. aku bilang betul2, dia kata dugaan pulak..

ohhhwhwhw dugaan...

Ima Syazlin said...

the reason why people hates you, is because they want to be like you. - anonymous.

dulik kan sebok je diorang ni, blog kau suka hati kau lah nak tulis apa kan. tak suka jgn baca.

Anonymous said...

i think you're great! and i so want to know your scarf wearing secrets! :P so ignore the haters!!

Fatul Akrul Ramli said...

haha..
lpas ni pakai tudung saji pulak..
:P

Anonymous said...

hello eiz,i'm your silent reader in your blog. anyway,i love looking at your style and story. i hate in when someone misjudge about ppl pakai tudung. whatever it is,tudung is suruhan tuhan kan.plus,manusia bukan tuhan nak judge orang. i love your fashion sense and the hijab style.keep on posting pics and your style.jangan la layan dak2 gampang tu.ok

hilang.lost said...

adoi.mampuih p org lain kata apa.

ochs widdle said...
This comment has been removed by the author.
Mahirah Kamaludin said...

sabar ya iz...kita tak dapat nak memuaskan hati semua org..i yg mengajar students dip and degree, kdg2 tengok perangai my students ada yg terlebih dan terkurang..tapi i faham, jiwa remaja ni lain..ada karektor masing2..berdiam diri yg lebih baik, tp yg byk mengomen pasal diri kita ni, mostly jealous dgn kita..so u go girl!

Ims Imahtul said...

sabar je wey orang macam ni selalunya orang yang dengki. asalkan kau gembira dengan hidup kau,boleh blah kepada orang2 yg macam ni.

dina said...

akak paham perasaan kau... tapi tudung kau cantik2 ek...

.darL. said...

lek lek je la weh.
mulut org, penat kang dorg benti la.

haha.

akizaki sakazaki said...

hah..
lpas nie kne jln kaki kepit je..
langkah pn kecik2 je..tgn ltak kt blakg...
pastu jln tunduk skit..
senyum kene lebih(klau msih kurg)..
jmpe sape2 je bg slm...
haaahh..

Macham Iz Punye said...

I LOVE YOU ALL PEOPLE WHO STILL HAVE INTERESTS IN CLICKING MY LINK EVENTHOUGH IT IS VERY KAMPUANG AND HAS A LOT OF MALAY SPELLING MISTAKES, AS QUOTED BY HANIS, "MACHAM, CAKAB PUNYE," GEHEHEHE.

SERIOUSLY, IT MAKES ME VERY TOUCHED, AND FEEL LIKE BLOGGING EVEN MORE. TSK. (pegang tisu lap air milo yang tumpah atas keyboard tadi)

fatihahmohdzin said...

eh jangan lupa buat entry cara-cara pkai selendang macam u tu.ramai beratur nak belaja nehh...

fykaa said...

haha iz, buat bodoh je spe yg anta cment cmtu. yg pnting u da tutup aurat kn? at least u cuba utk elak dosa. drp dorg? kn kn? haha buat bodoh je. anyways, sile la terus kn entry psl cara2 pkai slendang tu. NAK TENGOKKKK! u pakai sgt kemas!

Dzul said...

erm bahasa kamu menarik n funny
keep up babe!~

Anonymous said...

abaikan puaka2 semua tu. yang penting kau MELETOP!!

mr. brightside said...

macam ni nyer support,
xyah risau la,

you got people kat blakang ko punyer rmai, nmpk x nmpk jek.

post la psl tudung 2uh, kurang2 ak balik nnti boleh ajar kat adik jiran sebelah tenggara rumah ak ke..

ochs widdle said...

babiss.aku tersalah tulih kumen.takde kaitan punn.cehh.

heyy.kau jangan risaw.pedulikan semua.yg penting kau tetap laku dan meletopp nokk!

moe fansuri said...

buat tak tahu sudah.banyak lagi orang nak baca kau punya entry.
yang dengki tu biar kan.nanti jawab la dia kat akhirat nnt.

hilang.lost said...

tgk blog saya lagi jahat dan kasar kot.

Anonymous said...

they're jealous because you're pretty and stylish, really. besides, there are obviously a lot of bloggers who also wear headscarf but, since you are very cute, then it's obvious they're jealous by provoking you and stuff right. totally right. haha, u go girl~

CikVivi said...

aku pun xpaham.ai.semua yg pakai tudung tu kena lemah lembut ke?aduh.abaikan je mereka itu iz.there r ppl with sense yg baca blog ni.

.kakijalan. said...

dorg x puas ati sal ko ckp name ko kanek 2 kot.
ag 1 sal komen ko tlis romen.
2 dorg pndg cm2 kot.
kot la kan.

teRi said...

"terima kasih daun keladi,
kalau horny cari lagi. eh eh." <-- cam gay je bunyi dia.. hoh!

Mar said...

one word: hasad dengki. oh okay la tu 2 words. manusia mana yg ckp kau mcm tu dorg jealous. sabar k iz k? :)

Jaja Bink said...

hey sweet jgn cmni kayh
atleast u x berpure2 cm dorg
u jadik dri sndri proud aper
mmm..sgt22 support kamoo okei!

xsbr tuk tgu kamoo buat enti berselendang ;))

EncikGileYangHeppySelalu said...

well...judgementalist should stop breathing and die in tragedy...
keep on keeping up! =)

cheesy8 said...

hahaha..!1st time aku bace blog nie..n aku rase budak ni sempoi giler..! err..salam perkenalan... (in other words...sy da add link anda...anda pun add la sy yer..hik...!) ;-)

aida said...

mungkin ini sedikit membantu?

http://guntingstore.blogspot.com/search/label/cara%20pakai%20selendang

btw babe! u're cute.. ala malaslah nak ulang bnda sama.. diaorang jeles dengan u bla bla bla..

buat tak peduli je okey ^__^

rahmat said...

luahan prasaan nih..
haha.
dun worry ur blog are still my feveret

Acemafia said...

sabaqqq

deTTe said...

hey :)

Macham Iz Punye said...

ohh, sebab terima kasih daun keladi,
kalau horny cari lagi eh eh ni ke yang dorang tak puas hati? yang pasal nama koni = konek tuh sebelum buat post tu pun dorang dah kondem. rasanya bukan sebab entry tu kot. tapi kalau betul sebab terima kasih daun keladi,
kalau horny cari lagi eh eh, nampaknye kene tukar lah ni.

Good Boy In Charge said...

haah la iz. cam ne kau buat tudung tu. aku pn dh pusing memikirkn peshen tudung terbaru nk ke kolej ni. ish.. buntu..

crazy_labelle said...

sis... u rock okeh...
wat ever la org nk ckap pape...
diorg tu dengki xckup kasih syg...
u da mmg kewl, rmai kwan n peminat...
xyah pedulik kan diorg poyo2 tu...

saya syang iz sbb iz rock
sgt jujur lawak bodo gile
tp ley wat kan ak terhibur...
ni blog iz...
so sukati iz nk ckap pape...

my cousin pon berhijap...
solat 5waktu aurat berjaga...
tp fun n funky jgak...

just b yourself k...
brutal tp mnja 4ever... ailebiyu...

teRi said...

rileks je wahai cik iz.. takde pape pon.. biasa la tu.. kite wat joke lucah tp dorg assume kite ni gatal.. narrow minded.. bosan.. ramai ahh org cmni.. sempit je lubang hidung org cmni.. dorg tak dpt korek idung dorg, dorg kaco cik iz.. chill sudah.. da kacak blog ni.. yg puji 1000000000.. yg ngeji 10.. bape percent tu? 0.00001% kot.. eh ramai gle org bumi ni yg view page ni.. wow! ;p

yg penting kamu selesa dgn blog ni kan?
yg penting kamu rasa best, bukan lubang idung dorg.. so peace.. zzzz

p/s- jgn tukar pape.. cuma letak byk2 lg gambar kamu.. tu je permintaan peminat.. zzz

Liana Ezzana said...

kenapa pelacur? ada promote pusat pelacuran mana2 ke??

aish..beristighfar je la ngn orang2
dengki/busuk hati tuh sume

aishh...tak pyh layan..

buat cm xdenga
eh xbaca
;B

PHIRDOTE said...

satu je yg aku nak komen kt ko Yani (nickname bru ko ke?)hm..
aku tertarik dgn perkataan p.s..hahahaha

teetee said...

haha.entri nie paling best.
blog u yang paling best.


lantak la dorang nak ckap ape kan.
let us be ourself.
asalkan xhipokrit.
kite pon ada orang panggil yang teruk2 kan.

dorang paggil " produk yang gagal" juz becoz pakai tudung tapi perangai mcm tutt.

mereka tidak paham kite.

chaiyokk2.(;

Nabil Aizat Abdul Rahman said...

jeles la aku ngan blog kaw..best sngt kot..haha..keep on doing wut u do best..kutuk org cam aku slalu kena pastu berdiam diri sebab sedar kutukan itu berguna menambahkan self confidence dan semangat kekawanan...nabeyl DIAM..ye sedar annoying.

to Hanis...kaw nak iz jerla dalam sfera blog...aku ditinggalkan sorunk2..

Macham Iz Punye said...

nabil : kau ni kena bayar brape juta untuk komen aku begini sebab setelah lama kite bersama memang jarang kau nak puji aku kecuali semasa tingkatan 2 yang kau terpaksa puji aku kerana telah jatuh cinta. suka imbas cerita lama biar kau malu taktik khai kau skema. oh well too bad hanis lupa nama kau. haha aloloh padahal aku nak satu geng ke apetah dalam blogsphere ini. HANIS NI SUKA CIPTA WORD YANG TIBE TIBE AKU NAK BUAT WEBSITE UNTUK LAWAN FACEBOOK. MACAM WWW.BLOGSPHERE.COM dah ah diam ah

Hanis Zalikha said...

Nabil kau tunggu orang kata kau pelacur dulu baru aku bagi komen membina macam tuh. EH DAH KATA KE? JAP JAP AKU OTW BAGI. HAHA.

Budak Panjang said...

heh. biase la orang-orang ni iz. komplen itu-ini memang pandai. tak payah angkat peduli! tulis suda!

FatinSyafira said...

itu namenye org jeles.

haha~!

pedulikan jealousy org itu.

Izuan said...

Even though my blog has no offensive contents AT ALL, but still tetap ada juga anasir2 jahat sebegini yang kutuk2 when they comment. Anonymous plak tu. Cowards!

inora putri. said...

izzaayyy. i pernh handle situations cmni. lg teruk pun de babe. padehl x kacaw dorng, tetibe je nak hntar hatepost. sumpah mcm ape je. lagi2 x kenal org2 tuh. heh. biar je la. dorang cm xde life, so biase ah, xde life, pastuh nk cmpur hidup orang laen. heh. bzztt.

btw i dh ckp di dulu u pakai tudung lawa. zomg ok, lawa. x cm serabut semua. tunjuklah cmne nak pakai, amne tau ht i terbuka nak pakai. hehe.

daaa. ahh, so lame. haha bye.

akizaki said...

1stly thanx coz drop ur komen di blog i..

here is the tips...
pada i..kite akan sentiasa berada di takuk lama klau still amik kisah what people said a negative bout us..
pada i, lantak pi kt depa la..
yg penting kite ade hak kite sndri..
and jgn biarkan org lain senang2 je cabul hak kite...
so, mane yg rase x elok tu abaikn je..

Budak Panjang said...

ye iz, aku dah link kan ko. aku cuak la seh dengan ugutan keras ko =P

ahmad said...

lain kali ko cerita banyak cket pasal macha dan makanan kegemarannya....

Adil said...

biasela tu org tengok2 gambar sikit pastu tabur 1000000000000000000000000000000000000 fitnah. Lantak drg la.. mcm bodo tp Xleh nak buat ape. Sabar je. N truskan blogging =)

Sakinaaaaahhh said...

iz yang high heels croc you're selling tu kan, how high is it yeah? ;p

Macham Iz Punye said...

TERIMA KASIH LAGI PEOPLE. NI YANG NAK CINTA SEMUA ORANG NI EH EH BALAK ORANG PUN NAK TERJATUH CINTA.

budak panjang : haha, nasib baik kau panjang, jadi macam aku tak berapa berani sikit gehehe.

sakinah : they're 4inches tall. tinggi kan.

inora putri. said...

iz. maybe i nk crocs tuh. =)

inora putri. said...

I cam nak. Tinggi x? Ok x pakai ngn jeans, ke bju kurung je? Heh. You ade ym or msn xx?

anak pak li said...

mana lagi gambar kau yang latest dengan pose hidung kau yang agak stail tu? aku horny bila tengok. haha~~ apa-apa pun kau memang menarek izdiyani!!!

NaniRostam said...

Kem salam kat Cekgu Noriah.

Aunty ni yang cakap

berlapik

bertutup

bersopan

bersantun

berpantun

bersajak

berfirman

berhadis

ni pun dan...eh eh

kena sumpah

kena seranah


inikan kamu conny JANGAN HERAN! (gaya lagu Inul)

Kiddouz Kiddoulicious said...

hmm.. quite stylo.. i like.. heheh..

peace yo!

huruf selepas j adelah K said...

hoi iz. anda dilarang keras untuk berhenti blogging. saya adalah pembaca senyap yang ketagihan isi kandungan di blog anda. malah, saya JELES sebab ada pembace2 senyap yang lain di luar sana tu. ciss!! aku ingat aku sorang je yg stalk-reading. haha aku nak komen sini pun rase serbe salah sebab sekarang aku dah kantoi bukanlah silent reader sebab aku dah tulis komen. haih~ kompleks sungguh hidup ini.

cakap banyak kali pun xguna, sebab mereka yang mencaci itu sebenarnye mendengki dan menjelesi~

dan walaupun aku xde blog, dan aku xkenal ko dan ko xkenal aku, tapi aku bangge ngan ko. isk! pelik ah sentimental aku ni ketika berade di alam saiber. ah cukup2. kang lagi aku melalut ramai orang xpaham, kondem aku lak... back to silent reading!

hananchiwi said...

inikan kamu conny JANGAN HERAN! (gaya lagu Inul)


mak hanis zalikha cool dowhh....
hahha!

dnieAlias said...

ala.yang pkai tudung labuh pun blum tentu lagi perangai baik..ni kan da kire oke ..
btw,buat la tutorial "cara cara "pkai selendang tuh.sangat
memberansangkan!

Macham Iz Punye said...

AUNTIE NI SUKA BUAT ORG NAK GELEK SAMBIL TYPE KOMEN HANTAR KAT BLOG SENDIRI WOH.

KALAU SEMUA SILENT READER I SECOMEL HURUF SELEPAS J ADALAH K, MEMANG AHHH MEMANGG AHH MEMANGGG RASA NAK BELANJA NASI GORENG TOM YAM SEKARANG JUGAK. *sebenarnya tiba tiba malam ni kepingin makan satu ssss ahh.

zhana said...

let them be


as long as we cool with it
peduli apa others crap nak cakap apa
mulut masing2

biar saja dorang
dah penat mereka2 akan
stop automatiknya . aha